BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 9 Jun 2010

KEINDAHAN MASJID BESI PUTRAJAYA (MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN)

Saksikan keindahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)...

Pemadangan Indah Masjid diwaktu Siang



Hadapan Masjid


Pandangan Sisi



Ruang Dalam Masjid



Keindahan Masjid diwaktu Malam

Keindahan Masjid diwaktu Malam


Keindahan Masjid diwaktu malam



Sungguh indah pemadangan di Masjid Besi ini dekat dengan Tasik Putrajaya, sejuk mata memadang

Isnin, 10 Ogos 2009

BULAN OGOS 2009

Sedar tak sedar bulan Ogos kembali menjelmakan diri menandakan telah setengah tahun 2009 ini. apa yang telah kita lakukan 7 bulan lepas? yang tinggal kini lebih kurang 4 bulan lagi untuk tahun 2009 melabuhkan dirinya. kita juga sedia maklum sepanjang 7 bulan lepas pelbagai peristiwa dan sejerah terlakar untuk Negara yang tercinta ini. kita juga masih tak lupakan pelantikan YAB Perdana Menteri kita yang ke-6 iaitu Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd. Razak pada 03 April 2009, Timbalan Perdana Menetri ke-10 YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Yassin pada 10 April 2009. kini kita bakal menghampiri Bulan yang mulia dalam kelender Islam 1430 Hijrah iaitu Bulan Ramadhan yang akan insya-allah kita sambut pada 22 Ogos 2009, pada tanggal 31 Ogos 2009 kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52, yang mana pada tahun ini kita sambut pada bulan kemerdekaan pada bulan ramadhan. walauapapun yang kita hadapi dan akan hadapi kita haruslah tabah dan tawakal menghadapinya. Negara kita kini sedang berdepan dengan penyakit H1N1 ATAU SELSEMA BABI, pada hari jumaat ini Menteri DiJabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), YB Senator Mej. Jen. (B) Dato' Hj. Jamil Khir bin Baharom, telah mengeluarkan arahan supaya semua masjid mengadakan solat hajat untuk mengindarkan Negara kita yang tercinta ini dari dilanda penyakit ini berterusan, marilah bersama-sama kita membuat dan melaksanakan langaka-langkah berjaga-jaga untuk menghidarkan diri kita daripada penyakit yang mudah berjangkit dan tiada penawarnya lagi. apa kini yang Rasulullah SAW katakan salah satu penyakit yang tiada dan tidak diketahui penawarnya, selepas penyakit AIDS. bresamalah kita memohon kepada ALLAH agar penyakit ini berkurangan dan tidak menjadi satu bencana kepada kita dan seluruh Negara Islam. oleh itu saya akhiri catatan ini dengan megingatkan kepada orang yang sebangsa dengan saya dan semua warga Negara 1 Malaysia akan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu:-

1). Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (Sekarang dikenali dengan Nama Malaysia)

2). Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum iain.

3). Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4). Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.

5). Kami Isytiharkan "Islam" adalah Agama Persekutuan

6). Kami tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah "Bahasa Melayu"

7). Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak.

bersamalah kita renungi dan hayatilah pesanan serta wasiat Raja-Raja Melayu yang telah ditinggalkan kepada kita, bersamalah kita cari dan bincangkan hal yang demikian demi menjaga keharmonian negara yang tercinta ini. sesungguhnya melayu itu adalah bertuah, melayu itu baik budi bahasanya, bukan orang yang suka melakukan kekacauan, maka sampailah masanya kita orang melalu merintis jalan kembali kejambatan Perpaduan yang semakin retak dan mencari kedamaian yang terbaik. seharusnya kita bersama merintih jalan perpduan ini demi anak cucu kita generasi yang akan datang. bersamalah kita membantu YAB Perdana Menteri kita Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bagi memancukan perpaduan dan menjaga keharmonian negara yang tercinta ini dengan semangat 1 MALAYSIA!!!

SAJAK MELAYU

“MELAYU”


Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut

Biar mati anak

Jangan mati adat

Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolok permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu tak terbandingkan

Selaga yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

”Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di Negara Merdeka!


Karya Abadi : Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang


***Bersamalah kita hayati bibik-bibik saja ini...

Rabu, 15 April 2009

TAHNIAH

sALAM.... Lama Tak Update Blog ni.... terlebih dahulu nak Ucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada 03 April 2009 dan juga kepada YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 10 April 2009 dan juga kepada Anggota-anggota Jemaah Menteri Malaysia yang baru iaitu Jemaah Menteri yang mantap dan berwibawa sesuai dengan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. so sekarang masa kita bersama-sama memajukan negara yang tercinta ini. bersamalah kita berdoa

Selasa, 17 Mac 2009

PERSIDANGAN UMNO...

Mulai 24 - 28 Hb Mac 2009 perhimpunan terbesar orang-orang Melayu akan bermula iaitu "PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009" tahun ini akan menyaksikan pertandingan jawatan-jawatan utama parti kecuali Jawatan Presiden UMNO yang telah dimenangi tanpa bertanding oleh YAB Dato' Seri DiRaja Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, merupakan Timbalan Perdana Menteri kini. manakalan jawatan utama lain yang dipertandingkan ialah Timbalan Presiden UMNO yang melibatkan 3 Calon iaitu YB Tan Sri Dato' Seri Muhyiddin Yasin, YB Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan YAB Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (Dilarang bertanding oleh Lembaga Displin UMNO Pada 17 Mac 2009), Jawatan ini merupakan jawatan penting kerana penyadang jawatan Timbalan Presiden akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. kini terserlah kepada para perwakilan untuk meberikan kemenangan kepada 2 Tan Sri yang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO sama-samalah kita nantikan......semoga yang terpilih dapat memulihkan kestabilan politik Negara yang tercinta ini. Bersamalah kita doakan moga perhimpunan ini berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah....kepada semua selamat menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada semua..........selamat bersidang.

**SAJA BUAT ULASAN NAK PANASKAN PERMILIHAN UMNO PADA TAHUN INI

Khamis, 12 Mac 2009

Titah Ucapan Raja Nazrin Shah : Pertahan resipi kekuatan Melayu

DYTM Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Raja Muda Perak Darul Ridzuan

TEKS titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di majlis pelancaran buku The Malays di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 10 Mac 2009.

Beta bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, beta dan Raja Puan Besar dapat berangkat ke majlis pelancaran buku The Malays hasil kajian Profesor Anthony Milner, Profesor of Asian History, Australian National University.

Majlis pagi ini memaparkan lima elemen yang amat signifikan.

Pertama: The Malays' dihasilkan dalam bahasa Inggeris oleh seorang ahli akademik Australia, pelancarannya dilangsungkan dalam bahasa yang memberikan penghormatan kepada bahasa Melayu, bahasa yang termaktub dalam Perlembagaan negara sebagai bahasa kebangsaan.

Perjuangan menobatkan bahasa Melayu telah melalui perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama. Raja-Raja Melayu dalam mesyuarat Durbar pada 1903 di Kuala Lumpur telah membangkitkan soal pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Usaha menobatkan bahasa Melayu mencapai kemuncak apabila bahasa Melayu dilaksanakan sepenuhnya menjadi bahasa ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi dan menjadi lengkap apabila terlaksana penggunaannya di kamar mahkamah di negara ini.

Dalam ucapan di Malam Teguh Bahasa pada 11 September 2005, Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengingatkan, daripada 6,000 bahasa yang dipertuturkan, hanya 300 sahaja yang dituturkan oleh lebih sejuta orang, 5,700 bahasa dituturkan oleh kurang daripada sejuta orang. Dijangkakan separuh dari 5,700 bahasa ini akan pupus dalam tempoh seabad lagi kerana tidak dipertuturkan dan tidak diajar kepada golongan muda.

Sejarah menunjukkan, untuk sesuatu bahasa itu pupus, ia mengambil masa antara 50 ke 100 tahun, tetapi dengan keganasan gelombang globalisasi, kadar kebinasaan bahasa boleh berlaku dalam tempoh satu generasi sahaja. Bahawa globalisasi boleh mempercepatkan kepupusan bahasa, jika langkah-langkah bijak lagi tegas tidak dilakukan untuk memastikan bahasa milik bangsa Melayu ini tidak akan berakhir dengan nasib yang menimpa bahasa Latin.

Kedua: Majlis pelancaran ini dilangsungkan di Universiti Kebangsaan Malaysia; sebuah universiti yang dilahirkan sebagai puncak manifestasi perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan merupakan universiti pertama yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyampaian ilmu di peringkat pengajian tinggi, sekali gus membuktikan keupayaan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan ilmu.

Universiti Kebangsaan adalah manifestasi kesungguhan negara bangsa melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan dan melaluinya, telah membantu meningkatkan tahap pencapaian ilmu di kalangan rakyat jelata, berupaya menjadi cerdik pandai di samping mengembangkan daya intelek di kalangan warga.

Ketiga: Walaupun bilangan orang Melayu di Malaysia hanya dalam lingkungan 15 juta orang, kurang dari 0.5 peratus daripada jumlah 350 juta orang yang tergolong dalam rumpun Melayu, namun Profesor Anthony Milner telah memberikan pengiktirafan kepada bumi Melayu di negara yang bernama Malaysia ini untuk dilangsungkan pelancaran The Malays. Halaman 151, The Malays, mencatatkan:

Although Malaya (and its expanded form Malaysia) has in many ways been the 'Malay' success story -- an experiment in nation building founded (at least in large part) on 'Malay' ethnic sentiment -- this outcome was not inevitable.'' Anthony Milner, The Malays, muka surat 151.

Milner turut merakamkan antara peristiwa yang memperlihatkan keyakinan rumpun Melayu terhadap kepimpinan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) seperti yang terkandung di halaman 168.

"Some 250,000 people signed a petition to the United Nations with the aim of incorporating Pattani and other southern Muslim provinces (Yala, Nrathiwat and Satun) in the emerging Malaya.'' Anthony Milner, The Malays, muka surat 168.

Huraian dan analisis Milner dalam penerbitan beliau sebahagian besarnya ditumpukan kepada Malaysia, serta dinamik politik yang berlaku di Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang komposisi warganya terdiri daripada pelbagai agama, kumpulan etnik dan budaya tetapi termaktub di dalam Perlembagaan negara status agama Islam, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu serta keistimewaan dan perlindungan kepada bangsa Melayu.

Keempat: Pengiktirafan yang diberikan oleh Profesor Anthony Milner kepada Kesultanan Melayu apabila beliau merafakkan sembah jemputan kepada beta untuk berangkat bagi melafazkan titah menyempurnakan pelancaran The Malays'. Beta mentafsirkan, pengiktirafan tersebut adalah pengiktirafan beliau, bukan atas batang tubuh peribadi beta, tetapi pengiktirafan yang didedikasikan kepada institusi Kesultanan Melayu. Ini adalah selaras dengan kupasan-kupasan kajian beliau akan peranan penting Raja-Raja dan Kerajaan di kalangan rumpun Melayu. Di halaman 233, Anthony Milner mencatatkan:

"The Sultan could be presented as 'cement' helping to bond the bangsa, or as the 'symbol' of the Malay race." Anthony Milner, The Malays, muka surat 233.

Di halaman 177, Anthony Milner turut memetik tulisan Wan Syaifuddin pada tahun 2003, berjudul Kronik Mahkota Kesultanan Serdang terbitan Yandira Agung, Medan.

"One prominent development in post-Suharto Indonesia has been a widespread revival of sultanates, including many described as 'Malay'. Among these are Landak, Mempawah, Puntianak and Sambas (West Kalimantan); Bulungan, Kutei, and Pasir (East Kalimantan); and Serdang (north Sumatra). There is even a new interest in the Pagaruyung monarchy.... The Sultan of Mempaweh in Kalimantan is reported to have declared that in times of uncertainty, 'Dayaks' run to the long house but 'Malays' run to the palace;.... Anthony Milner, The Malays, muka surat 177.

Milner turut memetik manuskrip tulisan Gerry van Klinken, bertajuk Return of the Sultans: The Communitarian Turn in Local Politics.

"The Sultans have formed a 'Communication Forum for the Kratons (royal palaces) of Indonesia...'' Anthony Milner, The Malays, muka surat 177.

Beta menghargai pendirian Profesor Anthony Milner mengiktiraf bahawa Raja Melayu itu adalah institusi penting warisan bangsa Melayu. Sesungguhnya sejarah mencatatkan Istana Raja Melayu itu berperanan sebagai pusat berkembangnya tamadun bangsa. Istana memperlihatkan sehalus budaya - mencerminkan secantik bahasa, melindungi khazanah tamadun bangsa - menyimpan kekayaan budaya bangsa.

Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan negara - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara tempat rakyat tumpang berteduh. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa. Raja itu adalah lambang Kerajaan. Rakyat yang memahami 'budaya rakyat beraja - negeri bersultan' memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, melindungi kepentingan bangsa Melayu.

Dalam puisi Korban Hang Tuah penyair Zurinah Hassan cuba menyelami gelombang serba salah yang menghempas dada Hang Tuah ketika terpaksa membuat perhitungan untuk memilih antara kesetiaan kepada sahabat dan kesetiaan kepada Raja. Hang Tuah akhirnya terpaksa memilih, mengorbankan sahabat kesayangannya walaupun dituduh melakukan kesetiaan melulu. Zurinah menghuraikan Hang Tuah sebenarnya tidak sekadar membunuh Hang Jebat tetapi menentang satu penderhakaan - menentang perebutan kuasa. Bagi Zurinah, Hang Tuah bukan bukan sekadar mempertahankan seorang Raja tetapi mempertahankan lambang negara kepada sebuah kerajaan demi memastikan bahawa Melayu tidak akan hilang di dunia. Tanpa kerajaan apalah ertinya lagi sebuah negara.

Milner mencatat, kerajaan-kerajaan berpaksikan Melayu itu adalah kerajaan yang mempunyai raja baik di Riau, Lingga, Deli, Siak, Langkat, Kampar dan Inderagiri di Sumatera begitu juga di negeri-negeri Kutei, Bulangan, Puntianak, Landak, Mempawah dan Sambas di Kalimantan. Di Persekutuan Tanah Melayu, Raja-Raja Melayu diiktiraf bukan sahaja menjadi asas berkerajaan malah terlibat langsung dalam gerakan menentang Malayan Union. Demikian juga berperanan penting dalam usaha memperjuangkan dan mencapai kata sepakat menuntut kemerdekaan. Kesembilan Raja Melayu memberikan perkenan untuk ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan turut berkenan untuk dilantik salah seorang daripada baginda-baginda itu menjadi Ketua Negara secara bergilir-gilir dengan gelaran Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Kelima: Karya Anthony Milner menimbulkan semula catatan-catatan sejarah tentang bangsa Melayu di samping mengemukakan penemuan-penemuan baru. Profesor Milner dalam tahun 1982 telah menghasilkan penerbitan berjudul "Kerajaan: Malay Political Culture On The Eve of Colonial Rule" dan pada tahun 1995 menghasilkan penerbitan berjudul "The Invention of Politics in Colonial Malaya''. Bibliografi yang disenaraikan oleh Milner memperlihatkan senarai panjang, kumpulan penyelidik, pengkaji dan penulis tentang bangsa Melayu.

Beta percaya terdapat banyak lagi bahan penyelidikan dan penulisan tentang bangsa Melayu yang telah, sedang dan akan terus dilakukan. Minat di kalangan bukan Melayu melakukan penyelidikan terhadap bangsa Melayu memperlihatkan bahawa Melayu itu adalah satu bangsa yang sentiasa mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

Definisi "Melayu" itu tidak terhenti daripada terus menjadi bahan diskusi dan subjek kajian. Definisi bangsa Melayu itu tidak terbatas kepada satu definisi sahaja. Tergabung dalam rumpun Melayu itu himpunan kekayaan pelbagai suku keturunan yang juga menguasai pelbagai dialek dan pelbagai subbudaya.

Alam Melayu itu merentasi kawasan geografi yang luas dari Filipina ke Madagascar, dengan saiz komuniti berjumlah 350 juta. Melalui perdagangan dan penghijrahan, rumpun Melayu itu turut merentasi kawasan geografi yang luas, mengembara jauh di luar gugusan kepulauan Melayu.

Terdapat pelbagai deskripsi menggambarkan watak Melayu. Melayu digambarkan bangsa yang bertoleransi, penuh beradat - sangat bersopan, juga digambarkan suka melatah, mudah mengamuk. Dalam hikayathikayat lama dan cerita-cerita rakyat, terkandung pula sifat-sifat dendam, khianat, dengki, menipu, zalim, bodoh dan malas yang diimbangkan pula dengan sifat-sifat mulia, adil, ikhlas, jujur, cerdik, rajin, tekun, taat dan setia.

Jika demikian pelbagai deskripsi tentang bangsa Melayu ini, rumusan yang dapat disimpulkan ialah bangsa Melayu itu adalah insan yang bernama dan bersifat manusia, kerana sifat dan karakter manusia yang pelbagai itu, terdapat di kalangan semua bangsa dan tamadun lain, baik di Barat mahupun di Timur.

Gugusan kepulauan Melayu itu berada di antara dunia barat dan dunia timur, demikian juga antara Asia barat dan Asia Timur. Ia merupakan gugusan yang amat terdedah kepada dunia. Pelbagai agama, budaya dan bahasa sampai ke gugusan kepulauan Melayu, lalu berlaku proses integrasi dan asimilasi pengaruh daripada pelbagai agama, budaya dan bahasa. Bahasa Sanskrit dan Arab sebagai contoh telah mempengaruhi pemikiran dan tahap literasi bangsa.

Perkataan daripada bahasa-bahasa Parsi, Mandarin, Tamil dan Portugis, turut terdapat dalam perbendaharaan kata Melayu. Pengaruh bahasa Inggeris begitu dominan, susulan daripada pengembangan sistem pendidikan serta kemajuan sains dan teknologi.

Ini telah mempengaruhi Bahasa Melayu itu berubah secara dinamik dengan perbendaharaan kata yang semakin bertambah. Bahasa Melayu telah melalui proses transformasi, berasal dengan bahasa lisan, diperkaya dan diperkembangkan melalui adaptasi penulisan, bermula dengan tulisan jawi, disusuli dengan tulisan rumi. Perkembangan bahasa Melayu itu telah berperanan penting dalam meningkatkan daya intelek dan daya analisis bangsa.

Demikian juga proses penyerapan, pengubahsuaian, percantuman yang berlaku dalam budaya Melayu. Nyatalah Melayu sebagai satu rumpun bangsa, sebagai satu budaya kehidupan, tidak statik. Rumpun Melayu itu berupaya melakukan adaptasi kepada dinamik yang berlaku di persekitaran kehidupannya dan berupaya melakukan perkasaan sosial dan penyesuaian ideologi. Namun bangsa itu juga secara bijaksana berupaya mempertahankan identiti asas bangsanya, secara bijaksana berupaya mengimbangkan antara yang lama dengan yang baru, antara tradisi dan modenisasi, antara lokal dan global. Bangsa Melayu yang memiliki jati diri yang tinggi telah berjaya melakukan perubahan tanpa melupakan tradisi dan nilai kesinambungan.

The Malays memetik dan mengulas kata-kata hikmat pesanan Hang Tuah, "Tak kan Melayu Hilang Di Dunia". Kemudian mencatatkan peringatan Munsyi Abdullah bahawa survival bangsa sebenarnya bergantung pada pelajaran, dan merakamkan kebimbangan Ishak Haji Mohamad bahawa "Melayu itu boleh hilang di dunia".

Berlaku pertentangan ungkapan antara pahlawan Melayu bernama Hang Tuah dan nasionalis Melayu bernama Ishak Haji Mohamad, di tengah-tengah peringatan seorang Munsyi bernama Abdullah.

Sewaktu menyampaikan titah di International Conference on Malay Civilization pada 30 September 2002, beta pernah memajukan persoalan menyentuh perkembangan antara tuntutan tradisi (claims of tradition) dan permintaan terhadap kemodenan (demands of modernity) dalam masyarakat pada hari ini. Dikatakan bahawa budaya yang progresif menekankan kepada masa depan sementara budaya yang statik menekankan sejarah lama dan suasana semasa.

Peringatan beta, jangan bangsa sampai ke peringkat keterlaluan. Bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan dilaksanakan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan bangsa. Bahawa elemen-elemen yang berperanan sebagai faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan.

Dalam konteks bangsa Melayu di Malaysia, elemen-elemen tersebut terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya yang berada di bawah payung naungan dan perlindungan Raja-Raja Melayu mengikut yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Klausa-klausa menyentuh agama Islam, institusi Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu dimaktubkan di dalam Perlembagaan Negara.

Takrif bangsa Melayu diperkemas, diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa, disalut dengan agama. Itulah resipi kekuatan Melayu di bumi ini. Hari ini telah timbul usaha-usaha radikal daripada kalangan yang tidak mendalami muslihat di sebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut.

Survival Melayu sebagai satu bangsa bergantung kepada beberapa faktor yang telah selama hari ini memberikannya identiti dalam bentuk agama, bahasa dan budaya, termasuk budaya bernegara dan berkerajaan berpegang kepada prinsip rakyat beraja - negeri bersultan.

Betapa malangnya bangsa apabila berlakunya tindakan-tindakan yang mahu menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu. Betapa terancamnya survival bangsa apabila tradisi dan institusi sudah tidak lagi dihormati dan disifatkan sebagai antitesis kepada pemikiran rasional, modeniti dan sains. Betapa malangnya apabila generasi yang cetek terhadap latar belakang sejarah mengaitkan 'tradisi' sebagai amalan jahiliah, tahyul dan dogmatik.

Bahawa tidak ada tamadun agung yang dapat dibina tanpa menghargai, mengiktiraf dan meneruskan kesinambungan tamadun dengan sejarah masa lalu - merangkaikan antara satu generasi dengan generasi yang lain, mengkhazanahkan himpunan pengalaman dan pengetahuan bangsa untuk dijadikan "memori sosial" bangsa lalu dijadikan asas utama dalam membina identiti sebuah negara bangsa.

Setiap negara bangsa memerlukan minda sejarah dan penghargaan terhadap sejarah yang telah membina tamadun bangsa dan memberikan identiti kepada bangsa. Negara China sebagai contoh telah melalui proses evolusi dan juga revolusi budaya yang hebat, dari sebuah negara Maharaja menjadi negara komunis. Tetapi memori sosial dan memori budaya bangsa China tidak terpadam. Acara pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008, memperlihatkan bukti kebanggaan satu bangsa terhadap sejarah dan tamadun zaman silamnya.

Dalam mengharungi gelombang globalisasi dan dalam menghadapi dinamik politik yang sedang berlaku di negara ini, bangsa Melayu berada di persimpangan jalan - bangsa Melayu menghadapi dua kemungkinan. Kemungkinan pertama, bangsa Melayu itu akan terus survive, berkembang dan kuat, serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global, atau kemungkinan kedua, barang dijauhkan AIlah daripada berlaku, bahawa bangsa Melayu itu akan hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut.

Pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan. Akhirnya Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung dalam hikayat-hikayat lama.

Ketika itu tidak akan ada lagi minat untuk dilakukan kajian sosiopolitik dan sosioekonomi bangsa Melayu secara dinamik. Kalau masih ada yang berminat mengkaji bangsa Melayu, ia mungkin terbatas kepada sejarah kejatuhan bangsa ini ataupun lebih tertumpu kepada aspek antropologi dan arkeologi bangsa Melayu yang hanya tinggal dalam sejarah. Untuk itu perlulah bangsa mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kaduk, memiliki ayam sabung yang hebat, lalu dipermainkan oleh pihak lawan; akhirnya Pak Kaduk menyerahkan ayam sabungnya kepada lawan; Pak Kaduk sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah digadai.

Beta menzahirkan ucap tahniah kepada Profesor Anthony Milner atas daya usaha melakukan kajian mendalam dan komprehensif. Penemuan dan kupasan beliau pastinya akan menjemput pelbagai ulasan dan diskusi untuk mencambahkan perkembangan ilmu dan perkembangan intelek. Usaha-usaha beliau sewajarnya diberikan penghargaan oleh bangsa Melayu, paling minimumnya menjadikan The Malays sebagai teks yang wajib dirujuk oleh para pelajar sosiopolitik Melayu.

Dengan kebesaran dan semoga mendapat keberkatan kalimah Bismillahi Rahmani Rahim, beta dengan sukacitanya merasmikan pelancaran buku The Malays.


Rabu, 11 Mac 2009

SENARAI RAJA KITA

SENARAI NAMA RAJA-RAJA MELAYU DAN YANG DI-PERTUA NEGERI-NEGERI DISELURUH MALAYSIA



Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke 13
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur De La Legion D'Honneur (France).

Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2006 hingga 12hb. Disember 2011

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Al-S
ultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah,

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu) D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.M.N., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

Naik takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 15hb Julai 1958 dan ditabalkan pada 20hb. Februari 1959.

Kebawah Duli Yang MahaMulia Sultan Pahang
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Bi
llah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah,

D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Johor), D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.M.B.(Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), QILADAH BADR Al-Kubra (Saudi Arabia), QILADAH Al-Syeikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), HON. D.Litt (Malaya), LLD hc (Northrop USA).

Naik Takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 7hb. Mei 1974 dan ditabalkan pada 6hb. Mei 1975.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra,

D.K., D.M.N., D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), D.K. (Johor), D.K.(Kedah), D.K. (Perak), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K.M.B. (Brunei), D.P.S.S. (Sarawak), D.P. (Sarawak), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.
Naik Takhta Kerajaan Negeri Kelantan pada 29hb. Mac 1979 dan dimahkotakan pada 30hb. Mac 1980

Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Haj, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.

Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim pada 11hb. Mei 1981.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak
Sultan Azlan Muhibbuddin Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah,

D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Pahang), S.S.M., P.M.N., P.S.M., S.P.C.M., S.P.T.S, S.P.M.P, S.I.M.P., Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (U.K.), The Bintang ADI PURNA (Republic of Indonesia), The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn Thailand, Grand Order of the Mugunghwa (Republic of Korea), Collar of Japanese Order of The Chrysanthemum and Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Japan), Civil Order, 1st Class (Oman), Grand Cross Special Class of the Order of Merit of the Federal Republic of Germany (Germany), Orden Al-Merito De Chile (Republic of Chile), and Order of Hussein Ibni Ali Qiladah Al-Hussein bin Ali (Jordon)


Naik takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 3hb. Februari 1984 dan ditabalkan pada 9hb. Disember 1985.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Negeri Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-M
arhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,

D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.M.N., D.K.(Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K.(Kelantan), D.K. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K.(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier DeL'Independence (Grand M edal of The Independence)-Combodia, Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash)-Combodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Decoration of Omayad-The Finest Decoration (Syria), Knight of The Royal Order of The Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan)

Naik Takhta Kerajaan Negeri Perlis Indera Kayangan pada 17 April 2000 dan ditabalkan pada 7hb. Mei 2001.

Duli Yang Maha Mulia Sulatan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj,

D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), S.P.M.S, S.S.I.S, S.P.M.J.

Naik takhta Kerajaan Negeri Selangor pada 22hb. November 2001 dan dimahkotakan pada 08hb Mac 2002

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Paduka Seri Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,

D.K., D.K.Y.R., D.K. (Perak)., P.P.T.

Naik takhta Kerajaan Negeri Sembilan pada 29hb. Disember 2008

Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin,

D.K., S.S.M.Z.

Dilantik Sebagai Pemangku Raja Terengganu Pada 12 Disember 2006 hingga 11 Disember 2011

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin,

S.M.N., D.P., S.P.M.P., S.P.D.K., D.U.P.N., P.C.D.

Dilantik menjadi Yang Di-Pertua Negeri pada 2hb. April 1977 hingga 1hb. April 1981; Dilantik semula pada 5hb. Disember 2000 selama tempoh 4 tahun; dan Dilantik semula pada 5hb. Disember 2004 selama tempoh 2 tahun, dilantik semula pada 5hb. Disember 2006 selama tempoh 2 Tahun dan dilantik semula selama 1 tahun mulai 5hb. Disember 2008 - 4hb. Disember 2009

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas,

S.M.N., D.M.K., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N.

Dilantik menjadi Yang Di-Pertua Negeri pada 1hb. Mei 2001 selama tempoh 4 tahun; Dilantik semula pada 1hb. Mei 2005 selama 4 tahun.

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Tun Ahmadshah Bin Abdullah,

S.M.N., D.M.K., S.P.D.K., D.P., D.U.P.N., P.G.D.K., A.S.D.K., K.M.N., J.P.

Dilantik menjadi Yang Di-Pertua Negeri pada 1hb. Januari 2003 selama tempoh 4 tahun, dilantik semula mulai 1hb Januari 2007 selama tempoh 4 tahun.

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Haji Mohd. Khalil Bin Yaakob

S.M.N., P.S.M., D.U.N.M., S.U.M.Z., S.J.M.K., S.S.A.P., S.I.M.P., S.P.D.K., D.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P., Great Cross Of The Order Of Merit (Federal Republic of Germany)

Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 4hb. Jun 2004 selama tempoh 4 tahun, dilantik semula selama tempoh 4 tahun mulai 4hb Jun 2008.